Biodata Aidana Baizieva Misteri Helikopter Terhempas


Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’. Terdahulu, helikopter yang dinaiki oleh Ahli Parliman Rompin Dr Jamaluddin Jarjis berserta 5 lagi penumpang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4 April 2015 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak PM Dato Najib Razak di Pekan, Kuantan, Pahang.

Senarai Nama 6 Mangsa Maut Helikopter Terhempas 4 April 2015

1. Juruterbang Kapten Clifford William Fournier
2. Aidana Baizieva (Identiti Masih Lagi Misteri Sehingga Kini)
3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia)
4. Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)
5. Pengawal peribadi Jamaluddin Razakan B Seran
6. Datuk Tan Huat Seang.

Gambar Copilot Tersebar Bukan Foto Aidana Baizieva

Foto co pilot yang tersebar dibawah bukanlah foto Aidana Baizieva. Menurut kenyataan rasmi pemilik foto, Dzuriasikim Dzulkifli, 46, foto tersebut adalah gambar kenangan selfienya bersama Kapten Clifford Fournier (mangsa maut nahas helikopter).







Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment