Guna Pangkat, Datin Seri Cabar Kekasih Nora Danish Saman Dirinya


SUSULAN artikel kami tempoh hari mengenai tindakan kekasih Nora Danish, Nedim yang menyelar sikap sebilangan wanita terdesak menggunakan gelaran Datin Seri, ramai peminat mula berteka teki siapakah yang dimaksudkan.

Mungkin dek kerana tercabar dan berang dengan dakwaan tersebut, seorang wanita berpangkat Datin Seri yang juga merupakan isteri kepada ayah Nedim memuat naik sekeping foto dengan kapsyen yang agak panas.

Berdasarkan komen-komen beliau, ternyata hubungan antara dirinya dengan Nedim agak dingin disebabkan beberapa faktor. Korang baca sendiri lah komen Datin Seri ini, memang setepek je dia bagi!

Harap dengan adanya penjelasan daripada Datin Seri dapat menjawab segala persoalan terhadap kontroversi sebelum ini. Iyalah sebelum ni dengar dari sebelah pihak je kan?

Apa-apa pun moga semuanya diselesaikan dengan cara yang baik.










Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment