Video: WOW! Baby Dalam Perut Dah Pandai Tepuk Tangan



ALAHAI comelnya… itulah ungkapan yang boleh diterjemah tatkala menyaksikan video berdurasi 15 saat ini.

Bagai satu keajaiban, bayi dalam kandungan ini seolah-olah mampu bertepuk tangan meskipun belum melihat dunia.

Sama ada percaya atau tidak, video menyaksikan rakaman pergerakan bayi dalam kandungan menggunakan scan ini sememangnya sungguh menakjubkan!

Melihat bayinya bertepuk tangan berulang-ulang kali, ibu bapa yang memuatnaik video ini menyatakan mereka mula berlawak dengan menyanyikan lagu kanak-kanak popular, If You’re Happy And You Know It mengiringi tepukan tangan bayi mereka itu.

Kami yang melihat turut dilanda emosi bercampur baur ketika menyaksikan pergerakan bayi tersebut yang cukup membahagiakan.

Tidak hairanlah video ini menarik perhatian seluruh dunia hingga menjadi viral dan ditonton lebih lima juta penonton.

Pastinya kenangan ini merupakan kenangan paling bermakna dan tidak ternilai jika berlaku kepada sesiapa sahaja yang bergelar ibu.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment