Ketua Sami Berumur 66 Tahun Peluk Islam Hari Ini


MELAKA: Keindahan Islam dan kebenaran yang di bawahnya telah berjaya menarik minat seorang sami yang berasal dari Johor untuk mengenali Islam.

Kerana telah jatuh kepada agama Islam, Sami tersebut hari ini telah melafazkan kalimah Syahadah di dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, Krubong di sini.

Penaung Persatuan Cina Islam Malaysia (Macma) Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, sami berketurunan Cina berusia 66 tahun itu merupakan antara dua individu yang diislamkan dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, Krubong di sini hari ini.

“Kaum Cina merupakan kaum yang begitu strategis, mereka berkebolehan dalam pelbagai bidang terutamanya ekonomi dan apabila adanya pendakwah menyebarkan Islam dalam kalangan mereka, saya rasa ia satu usaha yang begitu murni dan mulia."

“Dengan kerjasama semua pihak, diharapkan akan lebih ramai yang faham tentang Islam dan seterusnya jatuh cinta terhadap agama ini."

“Kita berasa amat terharu dalam keadaan Islam digembar-gemburkan sebagai imej yang negatif di sisi media barat, Macma Melaka boleh melahirkan usaha pengislaman melibatkan seorang sami yang ternyata ini bukan satu tugas yang mudah,” katanya.

Pengerusi Macma Melaka, Lim Jooi Soon, sami yang memeluk Islam tersebut berpengalaman selama 28 tahun sebagai sami di Taiwan.

Katanya, sami tersebut begitu berminat untuk mengetahui tentang perkembangan Islam dan terbuka hatinya untuk memeluk Islam selepas berbincang tentang topik mengenali tuhan tiga minggu lalu.

Seorang lagi lelaki yang memeluk Islam dalam majlis tersebut ialah Teoh Boon Khoon, orang kurang upaya (OKU) berasal dari Pulau Pinang dan merantau ke Melaka untuk mencari rezeki.



Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment