Lelaki Bunuh Teman Wanita Untuk Ambil Buah Dada Sebagai Objek Pemujaan


Osogbo (Nigeria): Penduduk di sini terkejut apabila menemui mayat seorang wanita berusia 20-an yang dipercayai dibunuh teman lelakinya, di dalam lubang tandas.

Suspek, Soji, buruh binaan dilapor berpacaran dengan mangsa sejak beberapa tahun lalu.

Pembunuhan itu terbongkar apabila penduduk mengadu menghidu bau busuk dari tandas berkenaan. Menurut mereka, tiada siapa terfikir bau itu datangnya dari mayat yang dibuang di dalam lubang tandas itu.

Mereka pernah melihat Soji menuang cecair pembasmi kuman ke dalam tandas itu untuk menghilangkan bau.

Dia dipercayai membunuh teman wanitanya itu sebagai objek pemujaan untuk menarik duit.

Seorang saksi memberitahu: “Polis datang mengangkat mayat wanita itu kelmarin. Mereka terpaksa memecahkan dinding tandas untuk mengeluarkan mayat berkenaan. - Agensi

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment